Tuesday, July 26, 2011

Rezeki itu sudah ditulis..

Setelah 7 bulan sy berkahwin..sy mula menyedari betul la kata orang..rezeki tu akan ada kalau kita mmg niat ikhlas dan kerana Allah..akan ada bantuan sama ada secara usaha dari kita mahupun bantuan dari org lain yg Allah salurkan..
Dulu, sebelum berkahwin kami berusaha juga mengumpul wang dan alhamdulilah, usaha itu walaupun dlm masa yg singkat kami berjaya merealisasikan impian untuk menjalankan majlis sempurna..wedding planner kebetulan sedara-mara jauh kami dan tidak mengenakan bayaran yg terlalu mahal. Malahan dia berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan majlis kami yg terbaik pernah dilakukannya..walaupun hari majlis kami hujan rintik2..pelamin bergegar2 kerana angin kuat..namun syukur segalanya okay sebelum majlis berlangsung. Namun sedikit terkilan kerana belon yang di tempah oleh papa sy diterbangkan angin kencang walaupun sudah diikat..belon berisi gas sebanyak 200 biji itu tidak sempat pun sy lihat kerana setibanya kami direstoran, belon itu sudah terbang..haha..kecewa..
Tapi apa pun..terima kasih kepada semua yang berusah payah untuk majlis belah Kelantan..mama..papa..kakak2..dan adik sy yang turut menyanyi lagu istimewa hari itu..untuk majlis sebelah Kuantan pula..walaupun sedikit lecak kerana hujan lebat, overall berjaya dijalan kan dan ramai yang hadir sampai ke malam pun masih ada sahabat2 husband sy datang menjenguk.
Begitu juga ketika kami kalut mencari rumah sewa untuk tinggal bersama awal2 berkahwin, banyak rumah mahal2 untuk disewa..sampaikan husband sy terpaksa mengambil cuti untuk mencari rumah sewa..akhirnya, kami mendapat rumah yang sempurna untuk kami berdua..tidak mahal, dan tidak terlalu murah. Malahan hiasan dalamanya masih cantik dengan aircond, chandelier..dan sudah di cat baik. Menurut tuan rumah, dia memang tinggal disitu dulu sebab itu rumah itu cantik dan  lengkap dengan kitchen cabinet. Lega rasanya..
Kini, penantian insan baru dlm keluarga kecil kami semakin hampir..walaupun masih gusar memikirkan kewangan, kami yakin rezeki itu ada dimana2..rezeki anak itu pasti ada walau tidak banyak, kami akan usahakan..sy bersyukur walaupun kami bukan anak dato..bukan org kaya raya tapi kami mampu dapatkan keperluan kami.. tanpa menyusahkan org tua..tidak pernah kami minta mereka menyediakan itu ini, rumah..perabot..
segalanya kami dapatkan perlahan2..itu lebih bermakna..Sy masih igt..ketika kami mula2 membeli peti ais..mesin basuh..sofa..katil..semuanya sungguh indah..kami happy walaupun tidak mewah..tapi kami bangga..ini semua titik peluh kami..
Insyallah..Oktober ini kak long bakal lahir..sy sedikit cuak sebenarnya..tapi berlagak cool saja..hehe..

2 comments:

  1. Nyahi, mak nak start tulis balik.. Skrg nyahi cuak fikir nak beranak tapi bila dah masanya nyahi akan rasa happy dan tak sabar nak tgk muka anak.. Trust me!

    ReplyDelete
  2. aah..mak dh lama gila xhapdet nyahi..letih betul..tapi nanti dlm pantang maybe hapdet kot..sb byk masa sket kn..hehe

    ReplyDelete