Kadangkala, terfikir..adakah sy seorang sahaja yg berfikiran begini? Mempersoal kenapa dan mengapa sesetengah individu bersikap sebegitu..namun apabila ditanya pada sesetengah individu yg lama dan baru sy kenali, mereka juga berfikiran yg sama..malahan mengecam hebat lebih dari sy..maksudnya..SY NORMAL..heheeh..
Bersesuaian dengan nama blog ini..virtue..memainkan peranan meneropong individu, golongan mahupun masyarakat apa yg pada mata sy tidak kena dan tidak munasabah..
Fenomena ini berlaku sudah lama..sgt lama seingat sy..Cuma tiada siapa mampu melakukan apa2 melainkan tekad di dalam diri agar tidak melakukan kesilapan yg sama di dalam keluarga sendri kelak..
Kes 1
Pulang saja dari pejabat…sy dikejutkan dengan kehadiran lelaki di dalam rumah sewa kami..lelaki itu siap memasak lagi di dapur…Bukan itu sahaja..dengan selamba dia hanya berkain pelekat dan tidak bebaju memasak dengan gaya pro..sy apa lagi..dgn perasaan yg masih terkejut sy sound tepek ke muka dia..
“ ingatkan salah rumah tadi..”
Dia boleh menjawab pulak… “bukan salah rumah..bla..bla..” ayat terakhir dia sy tak dengar dan xnak dengar sb sy dah berlalu masuk ke bilik..sy tidak keluar dari bilik..geram bercampur tidak puas hati..perluke lelaki itu masuk umah kami?..housemate pulak sorang tgh kemas bilik..sorang lagi tengah sidai baju..semua baut tak dengar sy sound lelaki tu..mcm xde menda..mcm sy plak yg menumpang..padahal kami sama2 menyewa..apakedah lelaki ni buat kt sini??
Kenapa xbgtau sy dulu..at least sy bersedia…camana sy nak keluar mandi..sedangkan darpur dengan toilet di area yg sama..dah la sempit..boleh berlaga bontot kata org..sekangkang kera…hadoi..sampi maghrib..sy keluar dari blik apabila tiada suara yg sy dengari..mungkin dorang dah keluar..tapi kenapa tv masih hidup?..ada org ke dlm bilik?..sy mandi dan solat..
Selepas itu, sy menonton tv..menghilangkn bosan..lapar pun ada..jam pukul 8.00..Dlm hati..sy mula berfikir nak keluar..xnak tidur di rumah itu mlm ini....lari la kemana2..balik shah alam ke..rumah makcik ke..xnak lagi berada di dalam rumah yg ada lelaki bukan muhrim tuh!
Sy mula kemas2 baju..kemudian baru pasangan berdua tu keluar..mak ai…dekat 2 jam dlm bilik??
Baru keluar?..korang ni xsemayang ke apa??..dorang terus siap2 nak keluar
Hangin.Nekad nak keluar mlm tu dan tidur umah makcik..xkuasa nak tgk muka lelaki tua yg xtahu malu tuh..umur dah 40 lebih..tapi tumpang rumah anak dara..kalau korang suami isteri sekalipun..xkan korang nak share rumah anak dara wey! Carilah rumah lain utk bini ko! XDA AKAI KA? ..sy bengkek, angkut beg..dan Blah!
Kes 2
Mereka baru bertunang..belum ada apa2 lagi..tapi si wanita begitu mengongkong si lelaki..seolah2 bini pula..sedangkan si lelaki masih ada ibu dan bapa yg perlu di sara..kamu belum pun jadi apa2..kenapa menyekat lelaki itu berbakti kepada keluarganya?
Semua dijaga oleh wanita itu..bunyinya mcm baik kan?..pakaian, makan minum..malah kewangan lelaki pun dia jaga..jaga maksudnya..dia simpan…beg berisi wang milik lelaki itu akan dipegang oleh wanita itu kemana saja jika mereka bersama..tidak kira di depan keluarga si lelaki..sudah tentulah si ibu makan hati..jika dulu..si anak sering menghulur wang sewa rumah..wang dapur..dan lauk pauk stok seminggu..sejak mereka betunang..wang perlu mendapat kelulusan si wanita..
Wahai wanita..lelaki perlu jalankan tanggungjawabnya terhadap si ibu..ni engkau pulak yg menyekat dia berbakti..agak2 la..sampikan nak mtk duit belanja dapur pun si ibu perlu sms di wanita itu agar si anak lelaki masukkan duit ke akaun..sedih la hati si ibu..baru bertunang..si ibu dah hilang anak..
Bukan itu sahaja..si ibu pernah terbaca sms si wanita kepada anak lelakinya “ayang bosan la mama asyik mtk duit je..jgn bg lagi duit kt dia..kalau dia nak...”…boleh plak?..
Si lelaki berniaga..duit cash mmg sgt byk dlm pouch bag dia..si perempuan berlagak Mem besar..sy kasihan tgk si ibu..si anak pula sy kenal sejak dari kecil..sy juga yg mengajar mengaji Al-Quran ketika dia kecil dulu..sedih rasanya..budak tu sopan, menghormati org tua..tapi dapat tunang yg Queen Control…Sy cuba menegur si anak..tapi tak tahu bagaimana cara yg paling sesuai..ini permintaan si ibu..sy terpaksa berbaik2 dengan si wanita..untuk mendekatkan diri dengan dia..ingin mengenali hati budinya..orgnya cepat mesra tapi sedikit gedik..hmm..dah agak dah..patut la.. lelaki jgn jadi dungu sgt boleh tak?
Hadoi..cana ni?..bukan itu sahaja..setiap kali si lelaki perlu bangun 4 pagi berniaga..dia dengan mengada2 menunjuk2 depan sy kemesraan menyuap kek ke mulut si lelaki walaupun 4 kali di tolak..bersungguh nak suap..seolah mcm nak buktikan lelaki itu mesti akan ikut katanya..sampilah si lelaki mengalah takut merajuk pula..nak muntah pun ada sy ketika itu..
Tak cukup dengan itu….setelah lelaki itu siap mandi..dia pun masuk sekali dlm bilik..dengan si lelaki hanya bertuala mandi dan tidak berbaju..siap kunci pintu!!
Kau ingat kami ni apa? Tunggul? Kami ni lagi tua dari korang…Bersopan la sikit..mak bapak dia pun ada dalam rumah tu..sy mengetuk pintu bilik mereka..konon mintak kunci keta nak ambil barang dalam kereta..bengang sebenarnya..mak bapak xpernah tegur ke?
Beza wanita itu dengan sy lebih kurang 10 tahun..sb sy sudah di university, si lelaki baru di sekolah rendah..si perempuan tu pula baru 20..lagi muda dari adik bongsu sy..kalau pun nak siapkan pakaian tunang sekalipun..kenapa xsiapkn masa dia sedang mandi dan biarkan dia bersiap sndri dlm bilik.. dia bukan budak2 nak kena sarungkan baju ke..underwear ke..tolonglah!
Buka la pintu luas2 kalau korang nak duduk berdua kemas baju untuk dia…xsalah nak tolong dia berkemas..tp agak2 la..kami ni org tua..hormat la sikit..
Lebih mengejutkan..pernah dia mandi di rumah bakal mentua dengan hanya bertuala putih keluar masuk bilik dengan lelaki itu pun lalu lalang di situ..Wey..korang igt ni apa? Wayang? Mat saleh? Sy masih igt..sy dengan Ex-tunang sy dulu..kami tidak akan duduk bersama setiap kali sy berkunjung ke rumahnya..sekali pun tumpang tidur..sy akan lepak2 dengan mak dia..duduk di dapur..dan kami tidak bercakap banyak sepanjang di rumah..demi menghormati org tua..apatah lagi nak berkemban keluar masuk toilet mcm suami isteri begitu di depan org tua..sy sgt menjaga pandangan org tua dia terhadap sy..sy juga ingin tunjukkan contoh yg baik kepada adik2 dia..tapi kali ni..sy tgk..selamba je wanita itu membelai2 rambut si lelaki yg sedang tidur..si ibu pula menyiku2 sy menyuruh sy tengok gelagat si wanita queen control itu membelai2 anaknya..kami jelek..kami sama2 menyampah..tapi sy hanya memandang tempat lain..malas nak layan..bosan!
Habis nak salahkan siapa?..Nak kt si ibu xmarah bukan mereka suka pun..mana si ibu wanita itu? Tak tahu didik anak ke?..xkan nak mentua didik menantu pula..sakit betul la..kalau dah permulaan institusi keluarga dah mcm ni..terlambat nak tegur dah..xguna..
Kes 3
Menarik..tapi bodoh..serius bodoh..lelaki tu pernah pukul kamu..sampai pitam..kamu masih nak dia lagi?..
Dia xpernah pun menghormati kamu sebagai wanita..apa lagi kamu cari dlm diri dia?
Dlm sms dia, semua kata2 kesat..tak cukup dengan itu, ibu bapa kamu pun dia hina..lelaki mcm tu kamu kata kamu cinta?
Aish! Pening..bukan sy xpernah nasihat dia..sudah2 la..lelaki, kalu zaman bercinta pun xtahu menghormati kita..dah kawin lagi la..kuasa veto dia..
Bukan sekali dua dia curang..semua kawan lelaki kamu dia halang berkawan..tapi dia pula berfoya2..semua boleh bagi pihak dia..
Entahla..betul kot org cakap perempuan ni bodoh..termasuklah sy..sy pernah bodoh..tapi sekarang..tidak lagi..Enough..sy cuba menyelamatkan wanita ini..masih muda..baru 20 juga..kenapa mensia2kan hidup demi lelaki xguna tu?..Akhlak teruk..agama ntah ke mana..sy hairan..kenapa tipis sgt tapisan lelaki pada mata kamu? Cubalah memilih sikit..jgn tangkap muat je..asal muka hensem boleh..cair..aduh!
Sy cuba nasihatkan dia.. “entahlah akak..sy bodoh kot..sy belum kuat mcm akak kot..dah byk kali kena pun..dia juga sy nak..bukan sy xdpt lagi bagus..tapi hati xnak..”
Kdg2 hati ni menipu kita ke? Hati mempermainkan kita ke?..kenapa lelaki bangsat juga wanita cintai? Kenapa lelaki mulia, hati tidak terbuka?
Soalan yg tiada jawapan..mungkin..wanita mmg dilahirkan bodoh..cetek akal! Damn..sy xnak jadi golongan itu..sy nak keluar dari kumpulan wanita lemah itu..i would kill a man if i had to..bukan membiarkan dia membelasah sy mcm ayam sabung..diam bila di caci maki mcm tu? Menghina ibu bapa kita?..no way..wake up! Lelaki ramai lagi la..bukan tu aje..
fitra[H]idup
1 hour ago


